Wednesday, October 10, 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
 Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Tuesday, October 9, 2012

Merancang kehamilan atau tidak mahu hamil? ada caranya..insyallah

Mengenali Kitar Haid Wanita
Apakah sebenarnya pusingan haid ini?
Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.
  
Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.   Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur.   Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.  

Taqwim haidadalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi.    Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil.     Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi.   Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.
 Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.   Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi.   Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid.     Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.
 Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita,  kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat.    Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ).  Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).

Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?
 Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari.    Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan  lebih kurang 400 telur.     Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
 Waktu penetasan telor ini (ovulation),  dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
 Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur.   Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.
 Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting.   Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat.   Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.   (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)

senaman utk kaum wanita...amal jgn tak amal huhuu..



1. Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dab ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.
2. Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.
3. Senaman Klasik Kemutan Faraj
  • Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
  • Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan
1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut -Seperti menahan air kencing
Saranan – Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.

Manjakani oOoo MANJAKani



Terlalu berharga ilmu utk disimpan..lebih bermanfaat sekiranya ditulis agar dpt menjadi rujukan kemudian hari..

cara penggunaan(hasil carian di internet)

1. rebus dan buang kulitnya kemudian makan bersama nasi atau apa2 yg disukai. rebusan air dibuat cucian.
2. rendam semalam, tumbuk dan keringkan sebelum di gentel2 menjadi biji2..(amalan setiap hari untuk mengempiskan perut).
3. di kikis pada pasu dan kemudian disapu pada V.
4. letak biji manjakani ketika nasi sedang masak(hampir kering).
5. rebus 10 biji manjakani & 3 biji kurma bersama air dan ditutup dgn kain dan tudung periuk.


KHASIAT:


1. Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel. ( tak payah pakai Botox )

2. Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim. ( ni yang paling bahaya sekali )

4. Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj. (jangan harapkan minum air ni je,kalau tak cuci bersih pun tak guna jugak )

5. Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur. ( Ketat woo )

6. Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

7. Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

8. Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.



Payudara segar dan tegang

- Ambil 4 atau 5 biji manjakani/biji kani.
- Tumbuk sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air.
- Sapukan bancuhan ini keseluruh payudara anda.
- Urut payudara dari bahagian bawah menghala keatas puting.
- Lakukan setiapkali selepas mandi pagi.
- InsyaAllah payudara anda akan kelihatan segar dan tegang seperti sediakala, cara ini juga boleh memekatkan air susu ibu dan baik untuk bayi anda.


Wednesday, June 6, 2012

Sunday, February 19, 2012

tak lama je lagi...

pejam celik pejam celik...rupanya dah 34 minggu dah ...2 minggu je nak betul2 cukup bulan...kalau ada yg tanya bila bersalin aku suka je nak cakap pertengahan bln depan...
cepat keluar cepat abis pantang..kalau kuwa 2 minggu lagi sedang2 elok tgh cuti sekolah...baby kuwa time tu leh tak??...sabo ibu saboo byk barang tak beli lagi..... :)

Tuesday, February 7, 2012

hari ini hari rabu...

kol 4.30 dh bangun..kol 9.15 gaks sampai opis..nilah pengorbanan buat anak2..selagi aku larat aku teruskan..keje pun bukan teruk sgt kan p je la keje walaupun kaki ni dah lenguh mendaki bukit pantai jaya ni...

naja buat perangai taknak pakai tudung g sek plaks ..sukahati dia je tapi mujur dia mau dgr kata ibu suh pakai jgk dah tak sempat nak jahit lencana la bertuah oii... sok camne laks..isk3..5min lambat pun bermakna..

Thursday, January 19, 2012

dragon fruit ooo dragon fruit...

Dah lama rasanya melupakan buah kegemaranku ini... since disahkan mengalami kekurangan darah yg boleh menyebabkan aku menghidapi anemia ..maka mulalah kembali mengisafi diri..huhuuu..(manalah pegi darahku ini..??)

di sini utk tatapan khasiat buat naga@dragon ini...:-



  • Kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

  • Boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

  • Setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

  • Mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Wednesday, January 18, 2012

Anemia dan Kehamilan

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?
Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:



  • cepat Letih

  • rasa tidak bermaya

  • pucat

  • berdebar-debar

  • sukar bernafas

  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia. Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:



  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan

  • Mereka yang mengandung kembar

  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat

  • Merka yang sering muntah dan

  • mempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi) Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi
Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

Sayang ibu dah darjah 1