Tuesday, October 9, 2012

Merancang kehamilan atau tidak mahu hamil? ada caranya..insyallah

Mengenali Kitar Haid Wanita
Apakah sebenarnya pusingan haid ini?
Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.
  
Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.   Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur.   Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.  

Taqwim haidadalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi.    Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil.     Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi.   Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.
 Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.   Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi.   Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid.     Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.
 Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita,  kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat.    Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ).  Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).

Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?
 Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari.    Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan  lebih kurang 400 telur.     Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
 Waktu penetasan telor ini (ovulation),  dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
 Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur.   Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.
 Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting.   Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat.   Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.   (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)

No comments:

Post a Comment