Adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai
Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang
mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah
yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,Kurma juga
memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan.
Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi salah satu
makanan kegemaran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W . Berikut
adalah fakta dari pelbagai sudut tentang khasiat buah kurma ini.
Sepanjang bulan Ramadhan, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi
sunnah memakan terlebih dahulu buah itu apabila berbuka puasa.
1)
Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti
Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan
“Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan
risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh
menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
2)
Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Profesor
Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang
kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan
memberi tenaga tambahan.
3)
Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina
Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia
akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
Kurma juga mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain
pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah
penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan
karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan
sesuai dijadikan sebagai snek harian.
Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar
Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
(Riwayat Imam Bukhari).
Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan
pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan
kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan
tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan
kelaparan untuk seharian. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan
berat badan.
4)
Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut
Profesor Madya Aisyah Mohd Zain lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih
banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan
tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5) Tenaga
Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan
menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang
hatilah kamu.”
Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta
membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah,
merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran
darah ketika melahirkan anak.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang
memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah
kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan
sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga
dan darah yang banyak.
6)
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud
hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak
yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak
dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut
rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.
Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini
dalam majalah Mingguan Wanita.
7)
Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan
daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi
s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada
lelangitnya dengan buah kurma.”
Makanan Yang Paling
Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya
kelaparan.”
2.
RAISINS (KISMIS)
sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap
memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.
Pada
riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
InsyaAllah
boleh membantu meningkatkan
kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal
Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Kismis
adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam
pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya
juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah
mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis
disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama,
maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya
mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Kismis – buah anggur yang telah dikeringkan ini
merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama
ada yang larut ataupun tidak larut dapatmembantu system penghadaman dan juga
mengurangkan kolestrol dalam badan.
3. DRY
APRIKOT
Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan
serat yang sangat tinggi.
Apricot di percayai
mempunyai khasiat seperti berikut:
1.
Penggunaan biasa dan anti penuaan: (1-4 biji setiap 4 jam)
2.
Rawatan : Latihan sukan (2-8 biji setiap 4 jam) b.
ketahanan badan (2-8 biji setiap 4 jam) c. meningkat sistem imuniti (3-8 biji
setiap 4 jam) d. kardiovaskular dan masalah peredaran darah (3-8 biji setiap 4
jam) e. kencing manis (3-8 biji setiap 4 jam) f. sawan(3-8 biji setiap 4 jam)
e. kanser (8 biji- 15 biji setiap 4 jam) g. keletihan kronik (3-8 biji setiap 4
jam) h. Detoksifikasi hati (6-8 biji setiap 4 jam) i. penyakit autoimmune/SLE
(6-8 biji setiap 4 jam) j. asma/alahan (6-8 biji setiap 4 jam) k. Tekanan atau
stress (2-6 biji setiap 4 jam) l. pengsan (5-8 biji setiap 4 jam), radang
paru-paru (5-8 biji setiap 4 jam)
3.
Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam
dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit
terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.
4. Kewanitaan: Menghilangkan
keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian
rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja
).
___________________________________________________________________________________
4. BIJI
APRIKOT
Biji aprikot
merupakan kumpulan kekacang dan bijirin . Tidak ada bezanya dengan
kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah
kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot.
Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang
juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel
kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan
penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.
Vitamin B17 dikatakan mampu merawat & mencegah
kanser. Bagi sesetengah individu agak sukar untuk mempercayainya. Namun,
sebenarnya Vitamin B17 ini telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu
terapi kanser.
Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada
lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya Biji Aprikot.
Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini tidak suka kepada rasa yang agak pahit
seperti Vitamin B17 yang rasanya agak pahit tetapi sebenarnya amat berkesan
untuk mencegah kanser.
Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan seorang pakar
biokimia, Dr. Ernest T Krebs pada tahun 1950 telah berjaya mencungkil rahsia
kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser.
Beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Dr. Micheal Tait,
Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia berkata: "Kanser adalah
penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17
dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser."
Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata: "Di Bawah mikroskop, kami
masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati
dengan cepat sekali."
Daripada penyelidikan, Biji Aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan
mereka bebas kanser, sihat dan lanjut usia sehingga mencecah lebih 120 tahun.
Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di
dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran
kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai
kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, kesan daripada pengamalan
diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.
5. HABBATUSSAUDA
Amalkan memakan habbatussauda 1gram 2kali sehari untuk kesan
yang baik kepada badan kita.
Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti
batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti
jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah
pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the
Prophet")
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit
(immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil
(saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone,
carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat
positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai
"bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of
Immunology, University of Munich, Germany)
Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA)
mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai
kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini
dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan
peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan
penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.
Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of
Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus
Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser
T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan
peningkatan purata sebanyak 30%.
Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich
mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang
sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik
terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan
pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap
jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda
di World Academy of Scientist)
Penyelidik Amerika menulis
laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh
Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")
Professor
Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan
masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology
Clinic of Munich, Germany)
Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany
mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel
immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel
biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya
memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan
"B cells".
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash
Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat
dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Sambung Baca:
6. BUAH
TINN
Terkandung
didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan
buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah
bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan
tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.
Diantara
kelebihan buah tin:
·
Riwayat
dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi
SAWmengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian
baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan
dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga
tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
·
Sesetengah
ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana
dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam
Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah
larangan dalam Syurga.
|
|
|
Buah
teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar
iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih
banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan
pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin,
lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan
potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
KHASIAT
LAIN BUAH TIN:
memulihkan
sakit2 badan, melawaskan kencing, penyakit buasir,batuk berpanjangan
7.
PISTACHIO
Pistachio
berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Kacang Pistachio merupakan makanan
kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis
makanan para genius dahulu dan kini.
Kacang
Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin,
riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak
fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa
jenis kanser.
Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian.
Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada
akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar
kolesterol mereka,
hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6
peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini
turut menurunkan
risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang
pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL),
meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup
menandakan kacang belum cukup tua.
8.
SUNFLOWER SEEDS
Antara
kebaikkannya ialah:
Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik.
Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh
bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa
khasia vitamin E.
Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih
muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain
daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.
Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan
radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak. Vitamin
E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan
rematik.
Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar,
menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi
penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat
(LDL) yang tinggi dalam darah. Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat
meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
9.
PUMPKIN SEEDS (KUACI LABU)
Khasiat Kuaci labu:
1. Pengambilan kuaci labu secara teratur dapat mencegah masalah batu ginjal.
2. Amalan
memakan kuaci labu 10biji sehari dapat mencegah dari terkena batu karang
3. Amalan
yang selalu tidak didedahkan ialah tentang khasiatnya kepada kanak-kanak yang
menderita kecacingan. Kuaci ditumbuk halus selepas itu dicampur dengan
air suam, minum airnya sebelum tidur.
4. Baik
juga untuk tenaga dalaman.
10.
ALMOND
·
Mengurangkan risiko gangguan jantung,
hipertensi, dan strok.
·
Seratnya dapat mencegah kanser usus
·
Bahan makanan ini kaya protein, vitamin, dan
mineral yang sangat berguna bagi kesihatan.
·
MUFA yang merupakan lemak dominan pada almond
dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (kolesterol tidak baik), tetapi tidak
mengubah posisi HDL (kolesterol baik) walaupun pengambilan lemak dari makanan
cukup tinggi
·
Mengurangkan berat badan