Wednesday, January 18, 2012

Anemia dan Kehamilan

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?
Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:



  • cepat Letih

  • rasa tidak bermaya

  • pucat

  • berdebar-debar

  • sukar bernafas

  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia. Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:



  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan

  • Mereka yang mengandung kembar

  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat

  • Merka yang sering muntah dan

  • mempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi) Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi
Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

No comments:

Post a Comment