Sunday, December 1, 2013

TIPS UNTUK MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL

TIPS UNTUK MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL

Berikut ialah beberapa jenis buah atau makanan yang sesuai diamalkan untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lecithin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal hijau atau minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dalam badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS/KURMA
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sunday, August 25, 2013

hari yg bosan...takde hiburan melainkan mengantuk dan terasa nak balik saja..



Gambar takde kena mengena langsung dengan tajuk kan....ntah hape2 kan....hahahaha..tu baru betul dinamakan merapu dalam kebosanan...tapi sebenarnya nak citer gak la sbb i kan suka bgtau benda yg baik kan...hehee...(lebih kurang amal jariah jgkla kan share sesuatu yg bermanfaat dr gosip hal rumahtangga org kan..) ...

Korang kata la apa nak kata kan..kalau dah namanya aku ni anak orang Melayu yg dilahirkan dan dibesarkan oleh mak pak melayu(yg sederhana hidupnya..ewahh)...mana boleh lari dan melupai sardin. Pas raya ni pulak kan...mmg mood sardin kembali menyergah la tambah dlm dok tak berapa nak ada sgt duit heee :) ....biasalah bila nak beli tu haruslah membelek2 dulu harga dan haruslah yg halal...p kedai 1Malaysia ingatkan nk cari la kek ngan kuih raya buat anak2 bawa ke sekolah sabtu lepas. tiba2 teringin pulak nak makan sardin. Tengok harga sardin cap Ayam mak oii beza bnyk jgk ngan cap Adabi n cap lain2 yg ada kat rak sardin tu. Sememangnya tau dah rasa cap Ayam kan..(aku bukan suka sangat pun..dah la kuah dia sikit...) aku try la cap Adabi ni sbb sebenarnya saja nak tau camne rasanya dan harga dia murah la (tu mestiii!).

..balik terus senteng lengan potong2 bawang aje tambah cili api dah cukup..xyah nak tumis cili kisar cam biasa aku buat..sbb nak cepat heee.. bila dah tuang semua dlm kuali terasa puas ati tengok kuah dia yg banyak dan takde la cair sgt pun spt yg stgh blogger tulis. pastu bau dia seakan2 cap Ayam jgk..tapi lagi sedap sbb tak hanyir. Bila calit ngan jari sket uuhh ok! sedap! bila anak2 makan bertambah2 pinggan terutama si Naja yg mmg suka sardin. Amir cakap sedap..mmmm semestinya iye ibu setuju !.

..eh tetiba smlm ayah dia beli gaks sardin tapi mana ada sardin cap Adabi kat kedai runcit kan..so dia saje nak beli King konon sdp...turn Amir cakap tak sedappp...dia kata Adabi lagi sedap..Sungguhnya anak2 kecil ni mmg tidak pandai berbohong tang makanan :))...dan skali lagi ibu setuju!

Monday, July 22, 2013

SUSU ?...harus yg sedap saje :)

Buat kak Tetuan Azlina... ni dia susu yang saya suggest untuk Aisy.

Kenapa saya pilih sustagen??...Perisa VANILA sangat sedap dan bau dia mmg harum. Abang dan kakak Aisy pun kami bagi utk Sustagen School 6+. Satu sebabnya sustagen ni bagus kerana dia sesuai untuk anak2 yang kurang makan kerana kandungan nutrien dia complete. InshAllah badan anak akan mula berisi dan pejal. Yang saya perasan dorang berselera makan(thats the best part!).

Selamat mencuba....emmmmm nyummmmyyy..!!


Now that your toddler is 1 year old, he is able to eat more solid foods. He becomes more active and is caught up exploring his environment rather than eating. You may wonder then if he is receiving good nourishment because poor eating habits and occasionally small appetite are quite common at this age.
 
New Sustagen Junior 1+ is scientifically formulated by Mead Johnson for children aged 1 to 3 years old. It helps provide 100% Nourishment* because It contains important nutrients found in all Food Groups from the Food Pyramid.

Nak kurus dalam masa yang sama nak tambah susu...??

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk kawan yang bertanya tentang bagaimana untuk kurus ketika dalam pantang.. dan yang penting TAK EFFECT SUSU. Bagi tidak menghampakan mereka yang tidak tahu..saya sekadar berkongsi atas pengalaman bukan untuk tujuan komersial (kerana saya bukanlah model iklan komersial..ahaha)..

.
..
....
.....
............
.................
...............................

ini dia product yang saya gunakan selepas bersalin(sewaktu berpantang dulu amik AMWAY tp malangnya dia takboleh beli satu satu..IM FRUST!)..terbukti mmg AMWAY set bersalin mmg mampu menguruskan badankuu nyesal tak amik gambar yer..hihi..
tapi bukan AMWAY yg saya nak citerr..isk3 lari topikk lak dia..

ini dia..



  • Digunakan secara traditional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
  • Diambil 1-2 tablet sehari sekali. Disyorkan diambil bersama Akar Herbanika.
  • Melawaskan sistem pembuangan harian air besar dan air kecil (ibu-ibu dalam pantang bersalin).
  • Melancar dan membersihkan aliran darah nifas (dalam pantang bersalin).
  • Mengecutkan pembengkakan dan pengembangan raim dan organ repoduktif lelaki dan wanita.
  • Menurunkan berat badan (untuk ibu bersalin, obesiti, gemuk abkibat ketidak seimbangan hormon dan sistem metabolisma yang lembab).
  • Menggalakkan fungsi kesegaran organ dalaman tubuh badan.
  • Melancarkan keluaran susu ibu dalam pantang bersalin.
  • Mengatasi lemah-lemah badan, masalah retensi air dan banyak angin.

  • Ok..dah baca? kalau tak percaya leh search internet mmg byk testimoni org yg guna dan puas ati dpt kurus.

    dan jgn lupa ambil sekali AKAR HERBANIKA untuk memperbanyakkan pengeluaran susu...


    Postpartum - Nona Roguy Akar Herbanika (Herbal Tea) - 15 Tea-bags
    • Memperbanyakkan & memperlancarkan pengeluaran susu ibu.
    • Menyegarkan urat saraf ibu selepas bersalin serta mengatasi keletihan & kelesuan badan.
    • Melawaskan pengeluaran angin dalaman dan sistem pembuangan air kecil.
    • Melancarkan pengeluaran darah bantal & nifas.
    • Mengatasi masalah sembab angin & air.
    ok...apa lagi..cer try...

    Monday, May 20, 2013

    10 yearsss dah???....


    Alhamdulillah 14 May 2013 yang lalu genap 10 tahun ulangtahun perkahwinanku bersama suami terchenta en Jalaludiin...pejam celik pejam celik 10 tahun dah aku menyandang gelaran Isteri. Kalau nak refresh balik memories sepanjang 10 tahun ni rasanya aku leh buat novel...dan yg pasti compem2 leh laku..(agak2 boleh ke mengarang novel satu hari nnt??..jeng3)

    Semoga Allah panjangkan usia perkahwinan kami sehingga akhir hayat kami..moga perjalanan kami selepas ini lebih diberkati Allah jua hendaknya...dan aku sangat berharap mampu bertahun 10 tahun lagi dan 10 tahun lagi dan 10 tahun lagi....mashaAllah 10 tahun dah ye...isk3...tak sangka yer....alhamdulillah aku hidup sehingga kini bersama 3 orang anak kami yang comel ceria cergas..segala2nya utk mereka...

    Tuesday, April 30, 2013

    GLA untuk kecutkan cyst



    Aku selalu baca post entry Dr Hamid Arsat ttg macam2 kes sakit puan...tapi yg paling menarik selalunya berkaitan operation yg dia buat..the last thing yg aku baca adalah ttg operation cyst berbentuk cecair dan lendiran...mak aii besau benor cyst dia doc kata cam ngandung 7bln.

    Pastu aku rajin la pulak membaca setiap komentar dlm entry doc ni...terbaca ttg beb org yg komen pasal penggunaan GLA ni utk mengecutkan cyst tanpa sebarang operation dan berkesan katanya... So tanpa menunggu lagi aku pun msg anak buah aku dan terus order GLA ni..(sapa nak order pun blh bgtau yer..heheh iklan laks)..

    Harap2 boleh kecut la cyst aku ni tanpa kesan sampingan dan yg paling penting tak perlu nak g GH untuk operate buang..In shaa Allah...(tiada sapa pun tahu camne cyst ni terjadi)...

    Tapi...part yg tak suka nih... GLA ni leh bagi kita subur....OMG!!.....pls noo


    Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni:?



    Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    Membantu meningkatkan kesuburan
    Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    Membantu dalam menangani menopus
    Menguatkan kuku dan rambut
    Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    Membantu menangai ekzema
    Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    Menguatkan imuniti tubuh
    Memperlahankan proses penuaan
    Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    Mengawal kencing manis dan darah tinggi
    Mengawal kolesterol
    Untuk fungsi saraf

    Wednesday, April 24, 2013

    rasa sayang tapi kalau simpan tak berguna jg..sayang duit jg kan...

    Si tanje ibu ni dah besar dah 1 thn 25 hari..dah pandai jalan berlari ..tapi bukan ini yang aku nak citer...nak citer sal barang2 aisy yg dh tak berapa nak pakai..so rasa cam nak let go jer nak jual murah2 je dr bagi saje i rugi uuu...walker ni beli masa Aisy 6bulan tapi masa tu dia tak berapa mau naik dh sebab dia tak berapa suka dpt pakai sat sat je..9bln dia dah berjalan sepenuhnya ...so kira la bape lama je dia pakai tu tak kotor pun just lap2 je... dlm gambar ni pun aku saje simpan yg mainan bunyi2 tu sbb senang nak suap mamam...

    paling sayang adalah play pan ni sbb warna dia sgt adorable..my pevret kalar tekois + kuning...aduuuhhh rasa sayang nak jual tp Aisy dah tak berapa nak guna pun....beli sikit punya mahal guna setahun pun tak sampai kan...tp playpan ni sgt membantu ..





    Tapi aku tak pernah menyesal beli semua barang2 ni sbb mmg aku guna..cuma dh sampai masa mmg harus kita jual daripada simpan menyempitkan rumah je kan..